Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga dan mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerna tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara sendiri. Oleh itu, kewujudan Rukun Negara ini menjadi titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, makai a akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya semua masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum
adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu
tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati antara satu sama
lain. Melalui perpaduan ini dapat membantu negara kita untuk mempertingkatkan
dan mempergiatkan lagi ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat demokratik.
Seterusnya, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku di kebelakangan ini
menyebabkan prinsip Rukun Negara seolah-olah dilupakan serta tidak relevan
dalam kehidupan seharian. Tindakan yang dilakukan seperti mereka mempertikaikan
kuasa Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera. Ini memberikan gambaran jelas bahawa
prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan
Kedaulatan Undang-undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak terbabit
membuat percaturan.
(AIMAN F1032) - Update on 10 October
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia
adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad
lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang
bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai
keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang
tidak dikongsi majoriti rakyat.
Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.
Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin
pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin
longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak kanak.
Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir
masyarakat semakin rapuh.
(HAFISZUDIN F1080) - Update on 11 October
No comments:
Post a Comment