Thursday

PENGENALAN RUKUN NEGARA

·n

  • Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).

  • Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusi oleh Pengarah MAGERAN, iaitu pada 27 Januari 1970.

  • Majlis Perundangan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

  • Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi, tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan, negeri dan wakil-wakil daripada tokoh agama, badan-badan perfesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

  • Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang ke-4 pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.

  • Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.

  • Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

  • Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratk, adil tanpa mengira bangsa dan agama.

  • Secara ringkasnya, Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia dan dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Hal ini diwujudkan selepas berlakunya trajedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.



Gambar diatas menunjukkan pengarah MAGERAN yang dikuatai oleh Tun Abdul Razak
dan ahli - ahlinya.

(SHAHRUL F1048) - update on 28 September

No comments:

Post a Comment

Rukun Negara

  Gambar diatas menunjukkan 5 Prinsip Rukun Negara. (Hafiszudin F1080) - Upedate on 22 September