Sunday

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

 

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDA ) adalah Ketua Negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada YDPA dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi Raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.


Gambar diatas menunjukkan Yang Di-Pertuan Agong keenam belas iaitu 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

(SHAHRUL F1048) - Update on 5 October 

No comments:

Post a Comment

Rukun Negara

  Gambar diatas menunjukkan 5 Prinsip Rukun Negara. (Hafiszudin F1080) - Upedate on 22 September