Wednesday
Thursday
PENGENALAN AHLI KUMPULAN
Kami ditugaskan untuk membuat blog berkenaan dengan Rukun Negarabagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban. Terlebih dahulu, kami akan mengenalkan diri kami yang terdiri oleh 4 orang ahli kumpulan iaitu :-
1. MUHAMMAD HASIFF ADLI MOHAMAD (02DKA22F1028)2. MUHAMMAD SHAHRUL BIN BAKERI (02DKA22F1048)
3. MOHAMAD HAFISZUDIN BIN AZID (02DKA22F1080)
4. MUHAMMAD AIMAN BIN SHAMSUL NOR ARIFIN (02DKA22F1032)
Kami akan menceritakan serba sedikit tentang Rukun Negara.
PENGENALAN RUKUN NEGARA
·n
- Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).
Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusi oleh Pengarah MAGERAN, iaitu pada 27 Januari 1970.
Majlis Perundangan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi, tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan, negeri dan wakil-wakil daripada tokoh agama, badan-badan perfesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang ke-4 pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratk, adil tanpa mengira bangsa dan agama.
Secara ringkasnya, Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia dan dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Hal ini diwujudkan selepas berlakunya trajedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Wednesday
Apakah Rukun Negara?
Rukun negara perlu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat
khususnya rakyat Malaysia. Terdapat lima perkara dalam rukun negara
iaitu:
-Kepercayaan Kepada Tuhan
-Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
-Keluhuran Perlembagaan
-Kedaulatan Undang-Undang
-Kesopanan dan Kesusilaan
Seterusnya, setiap generasi masyarakat dari muda ke tua mestilah
mengetahui tentang rukun negara agar dapat mengetahui
kepentingan penubuhannya. Selain itu, kewujudan rukun negara
adalah satu visi untuk merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui
oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
(AIMAN F1032) - update on 2 October
Tuesday
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
- Untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat.
- Untuk
memelihara cara hidup demokratik.
- Untuk
melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara harmoni.
- Untuk
membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat.
- Untuk
membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan
teknologi-teknologi yang moden.
- Untuk
melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakat pada hari ini supaya semua
lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara
kita.
- Keharmonian
negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi
demi kepentingan negara.
( HAFISZUDIN F1080) - Update on 3 October
Monday
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Sunday
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat
rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas
menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDA ) adalah Ketua Negara. Perkara 44 pula
menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk
Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan
Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara
ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur
dan ikhlas kepada YDPA dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu
membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja
adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru,
institusi Raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak
wajar dipolitikkan sama sekali.
(SHAHRUL F1048) - Update on 5 October
Saturday
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Maksud keluhuran perlembagaan ialah ketinggian dan keagungan undang-undang. Sumber dan punca kepada semua undang-undang yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Keluhuran Perlembagaan Malaysia yang disebut sebagai undang-undang tertinggi. Perlembagaan ini dijadikan sebagai rujukan kepada rakyat Malaysia agar tidak berlakunya perselisihan fahaman dan dapat mengelakkan dari tercetusnya rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan juga menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan dapat memberi jaminan hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial antara semua kaum di negara. Kehakiman bertanggungjawab memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan. Untuk mengelakkan berlakunya isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama negara kita, setiap rakyat di negara Malaysia ini perlu mematuhi perlembagaan.
(AIMAN F1032) - Upadate on 6 October
Thursday
4. KEDAULATAN UNDANG - UNDANG
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri.
(HAFISZUDIN - F1080) - Update On 7 October
Tuesday
Sunday
KESIMPULAN
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga dan mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerna tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara sendiri. Oleh itu, kewujudan Rukun Negara ini menjadi titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, makai a akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya semua masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum
adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu
tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati antara satu sama
lain. Melalui perpaduan ini dapat membantu negara kita untuk mempertingkatkan
dan mempergiatkan lagi ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat demokratik.
Seterusnya, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku di kebelakangan ini
menyebabkan prinsip Rukun Negara seolah-olah dilupakan serta tidak relevan
dalam kehidupan seharian. Tindakan yang dilakukan seperti mereka mempertikaikan
kuasa Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera. Ini memberikan gambaran jelas bahawa
prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan
Kedaulatan Undang-undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak terbabit
membuat percaturan.
(AIMAN F1032) - Update on 10 October
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia
adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad
lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang
bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai
keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang
tidak dikongsi majoriti rakyat.
Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.
Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin
pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin
longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak kanak.
Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir
masyarakat semakin rapuh.
(HAFISZUDIN F1080) - Update on 11 October
Thursday
RUJUKAN
Berikut adalah antara - antara rujukan yang kami pandukan untuk mencari maklumat tentang Rukun Negeara :-
- https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fonline.anyflip.com%2Ffsrm%2Fkvzx%2F&psig=AOvVaw29nJIpv4XetIx5NkJm6Tte&ust=1667389955567000&source=images&cd=vfe&ved=0CA4QjhxqFwoTCNDtreb1jPsCFQAAAAAdAAAAABAE
- https://www.jpnin.gov.my/ms/kenegaraan/kelab-rukun-negara
- https://ecentral.my/rukun-negara-malaysia/
- https://www.utusan.com.my/commentary/nilai-sebuah-rukun-negara/
- https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/17/memahami-perlembagaan-dan-prinsip-rukun-negara/
- https://www.sinarharian.com.my/article/44819/berita/nasional/rukun-negara-yang-sebati-jadikan-malaysia-negara-contoh
Rukun Negara
Gambar diatas menunjukkan 5 Prinsip Rukun Negara. (Hafiszudin F1080) - Upedate on 22 September

-
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen...
-
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-un...
-
Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui keperc...